KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.
Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.
Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.
Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.http://itsmesaiful.blogspot.com/2011/07/budak-melayu-iras-mat-salleh.html
perghh...mmg comel la budak ney..sejibik mcm anak mat salleh..first2 aku bace artikel ney..aku ulang 2 3 kali..tgk mak bpk dye..tgk dye..haha..klu aku jd doktor pon aku konpius..even klu aku y sambut dye kluar dr rahim mak dye..aku ttp nk wt dna jgak..tp series..mmg aku terkesima..klu boleh aku nk tgk dye smpi dye dewasa..nk tgk rupe dye..hihi...klu rmy org mlyu rupe cmni..mcm dekat bumi uk la pulak kn..haha.. inilah kuasa tuhan y mencipta seluruh alam..Allahuakhbar...Subhanallah..
